“Bolehkah saya menukarkan unit hartanah berstatus BUMI LOT kepada NON BUMI agar dapat dipindahmilik untuk orang bukan Melayu?”

—————
“Boleh..jika tidak menjejaskan kepentingan syarat atau kuota..”

1) Tahukah anda, status bagi sesuatu hartanah untuk unit Bumi Lot / Bumiputera ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan Kelulusan Perancang.
2) Ia diguna pakai dalam jualan hartanah baru oleh pemaju perumahan (Developer). Pemaju perlu menjualkan lot-lot tersebut kepada orang Bumiputera @ Melayu sahaja.
3) Hartanah yang dikenali sebagai unit Bumi Lot jarang terdapat label di atas hakmilik individu hartanah tersebut.
4) Di dalam sesuatu kes, syarat dan perjanjian jual beli akan menentukan sama ada unit hartanah yang dipetakkan adalah Bumi Lot atau pun tidak.
5) Bagi sesetengah negeri, Bumi Lot boleh dilihat dibawah sekatan kepentingan hartanah tersebut dan di dalam kes terpencil, boleh lihat label Bumi Lot di atas Geran Hakmilik individu seperti yang dibuat untuk hartanah Rezab Melayu.
6) Terma kuota Bumiputera ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan akan memberikan kelulusan kepada pemaju. Kebiasaannya untuk unit Bumi Lot WAJIB ada sekurang-kurangnya 20% kuota pemilikan dalam sesuatu projek pembangunan.
7) Sekiranya lot hartanah tersebut tidak dapat dijualkan, pemaju boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri untuk membenarkan unit Bumi Lot tersebut dijual kepada orang bukan Melayu.
Cara Permohonan Penukaran Status Bumi Lot Kepada Non Bumi

—————————————————————————

● Pemaju / Firma guaman / pentadbir / pemilik hartanah boleh merujuk dan membuat permohonan melepaskan unit kuota Bumiputera tersebut di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
● Permohonan perlu dihantar ke Unit Blanket Consent, Bahagian Kemajuan Dan Pembangunan Tanah, Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG). Proses ini memakan masa dalam 30 hari.
● Penggantian nama pembeli Bumiputera kepada pembeli bukan Bumiputera mestilah TIDAK MENJEJASKAN kuota Bumiputera yang ditetapkan di dalam sesebuah projek pembangunan.
● Pengesahan (Certified True Copy @ CTC) Surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) dan surat kelulusan pembatalan dan penggantian nama pembeli diperlukan bagi proses pindahmilik tanah dan sebagai rujukan.
● Pembeli boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pengesahan (Certified True Copy / CTC) bagi salinan surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) dan surat kelulusan pembatalan dan pengantian nama pembeli.
● Jika penggantian nama pembeli menjejaskan kuota Bumiputera, pihak yang menguruskan hartanah ‘subsale’ atau bagi kes lelongan perlu mendapatkan kelulusan MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dengan membuat permohonan rayuan kepada LPHS (Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor).