“Saya sudah ada rumah tetapi tidak layak membeli rumah KOS RENDAH..adakah boleh membeli melalui lelongan..??”

Sebelum menjawab persoalan tersebut, fahamkan dahulu apa maksud sebenar “Rumah Kos Rendah”.
Definisi:
● Rumah Kos Rendah atau “LOW COST HOUSE” adalah rumah MAMPU MILIK mengikut harga siling rumah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan tercatat syarat-syarat dalam Perjanjian Jual Beli.
● Saiz keluasan lantai rumah;
1) Kos Rendah = 700kps
2) Kos Sederhana Rendah = 750kps
3) Kos Sederhana dan ke atas = 800kps
.
.
SYARAT-SYARAT PEMILIKAN;
Penjualan Rumah Kos Rendah Subsale
================================
1) Pemilikan hartanah mestilah sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh perjanjian S & P.
2) Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
.
.
Pembelian Rumah Kos Rendah Subsale
================================
● Syarat hanya boleh beli 1 unit sahaja. Pembelian secara Subsale mesti melalui proses mendapatkan kebenaran daripada Authority Kerajaan Negeri (DBKL / SUK).
1) Warganegara Malaysia.
2) Berumur 18 tahun ke atas.
3) Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan tidak melebihi RM5,000.
4) Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah.
5) Pembeli atau pasangan tinggal / bekerja di Selangor atau dalam kawasan lembah Klang.
6) Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri.
● Syarat gaji tidak melebihi RM3,000 untuk pembelian Rumah Baru menerusi pemaju dan RM5,000 untuk rumah Subsale.
.
.
Pembelian Rumah Lelongan Kos Rendah
================================
● Syarat atau TITLE terbatal bagi kes lelong. Ini bermakna boleh membeli lebih dari 1 unit rumah Kos Rendah melalui lelongan.
● Tetapi ianya tetap memerlukan “Consent” @ kebenaran dari pihak berkuasa Negeri. Biasanya diluluskan dalam masa 14 hari sahaja. Apa-apa lelongan perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi terlebih dahulu.
.
.
Terma & Syarat Pembelian Rumah Kos Rendah Lelong (Perlu merujuk kepada P.O.S)
================================
→ Ada syarat yang gaji seisi rumah WAJIB di bawah RM5,000
→ Ada rumah Kos Rendah boleh dibeli secara lelong, tetapi TIDAK boleh dijual (kecuali suami isteri yang bergaji di bawah RM5,000)
→ Lain hartanah dan lain negeri lain syarat dan sekatannya.
→ Tips: Baca dan fahamkan syarat pembelian rumah lelongan. Sebaiknya jangan membeli jika ada sebarang sekatan pemilikan rumah Kos Rendah di dalam P.O.S (Proclamation of Sales).
.
.
Maksud Sekatan Kepentingan;
● Sebelum pemindahan hakmilik dilakukan daripada nama penjual kepada nama pembeli, ia hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis (Consent) terlebih dahulu daripada kerajaan Negeri jika adanya sekatan-sekatan kepentingan.
● Pihak Berkuasa Negeri adalah merujuk kepada Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atau Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
Maksud Consent;
● Consent adalah bermaksud Kebenaran pindahmilik. Ianya terpakai untuk rumah jenis Kos Rendah (Low Cost) atau Kos Medium (Medium Cost).
● Terdapat dua proses kebenaran yang perlu dipohon melalui Pejabat Tanah:
i. Consent to Transfer (CTT)
ii. Consent to Charge (CTC)
● Sebarang aduan perumahan boleh disalurkan ke kaunter Unit Pemantauan Projek Terbengkalai dan Aduan, LPHS di talian 03- 55447650/7926/7166 atau email lphs@selangor.gov.my.
.
.
Pembiayaan / Pinjaman Perumahan Bank
================================
● Bagi pembelian rumah yang bernilai di bawah RM50,000, kebanyakannya bank sukar untuk memberikan kelulusan pembiayaan / pinjaman perumahan.
● Tips: Sila semak dahulu kelayakan di mana-mana bank yang boleh memberikan pembiayaan / pinjaman. Tanyakan banker yang berkebolehan.

Source: https://www.facebook.com/fairealty/posts/1717408161861007